TENTANG KAMI

Peranan PKPMI Pusat:


  Sebagai penghubung dan penyelaras dengan JPMI(Education Malaysia) mahupun antara cawangan. Membantu menyelesaikan dan memudahkan setiap masalah dan aktiviti yang dibuat oleh cawangan. Menjaga kebajikan mahasiswa.


  Selain itu, PKPMI Pusat juga adalah badan yang diiktiraf oleh JPMI untuk menyatupadukan seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Indonesia dan sekaligus menjadi platform bagi mahasiswa untuk berpersatuan dan mencari nilai tambah dalam setiap aktiviti yang diadakan.

Lambang PKPMI:

Terdiri dari bulan, bintang, roda, bendera merah putih, topi dan ijazah seperti contoh. Setiap unsur memberi makna sebagai berikut:

  1. Bulan bintang (pecah 14) berwarna kuning = Lambang Malaysia iaitu:-
  2. Bulan = Lambang Islam sebagai agama resmi negara.
  3. Bintang = Perpaduan 13 buah negeri dan wilayah perseketuan dibawah satu pemerintah pusat
  4. Kuning = Warna di Raja.
Roda berwarna merah: Kegiatan bergerak mengikut peralihan keperluan pelajar-pelajar, waktu dan aktiviti. (Pindaan 1990)

Jalur merah putih sebagai lambang bendera Malaysia:-
  • 14 jalur merah
  • Bendera Malaysia dibuat secara artistik menjadi jalur-jalur.

Topi dan ijazah berwarna hitam sebagai lambang kemahasiswaan (Pindaan 1994)

Cogan kata Persatuan "BERILMU, BERAMAL, BERSATU" (Pindaan 1994)



Lagu PKPMI:

PKPMI KITA.....

PKPMI...
Wadah anak bangsa
Menjana minda
Mencetus idealisme
Membentuk kepribadian dan ketrampilan

PKPMI...
Membentuk ukhwah persaudaraan
Tidak kira agama dan budaya
Jalinan mesra sesama
Melahirkan bangsa berjaya