Kamis, 09 Juni 2011

Road Tour De Java #2 PKPMI Pusat

Salam rakan-rakan,

Pada tanggal 10-12 Jun 2011 ini, AJK PKPMI Pusat akan mengadakan Road Tour De Java Edisi ke-2. Road Tour De Java ini akan merangkumi cawangan PKPMI Yogyakarta, Solo, Malang dan akhir sekali Surabaya.


Tujuan dari road tour ini adalah supaya dapat mengeratkan silaturahim antara pimpinan PKPMI Pusat dan para mahasiswa serta pimpinan PKPMI setiap cawangan. Selain itu, untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi di setiap cawangan. Dan moga kami dapat membantu pimpinan cawangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kami mohon doa rakan-rakan supaya Road Tour ini akan berjalan lancar dan semoga semua matlamat program ini dapat tercapai dengan suksesnya. Jumpa anda di sana.

*Untuk info lebih lanjut, sila berhubung dengan pimpinan PKPMI Yogyakarta, Solo, Malang & Surabaya.

Jumat, 03 Juni 2011

Sesi Suai Kenal Bersama AJK PKPMI Pusat Sesi 2011/2012

Salam para pembaca,

Mungkin ramai yang terfikir siapa saja yang menjadi AJK dalam PKPMI Pusat ini? Tak kenal pun? Ok, pada entry kali ini, kami akan kenalkan anda semua kepada setiap AJK dalam PKPMI Pusat Sesi 2011/2012. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh langsung berurusan dengan mereka.

YANG DIPERTUA


Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin (Bandung)
khairul_hafidz_alkhair@yahoo.com

TIMBALAN YANG DIPERTUA


Ahmad Nabieh Abqory bin Rahmat (Jakarta)
nabiehrahmat@yahoo.com

PENGERUSI TETAP


Mohd Nazaluddin bin Mat Nazir (Solo)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP


Mohammad Fazrul bin Mohammad Basir (Yogyakarta)

SETIAUSAHA KEHORMAT


Nadiah Fatin binti Mohd Ramli (Bandung)
naralin5683@hotmail.com

TIMBALAN SETIAUSAHA KEHORMAT


Sharmila Kumaran (Malang)

BENDAHARI KEHORMAT


Alyaa binti Mohamad Kamal (Bandung)

TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT




Eva Chandra Susanti binti Suhaili (Surabaya)
susanti0222@yahoo.com

JURU AUDIT I


Rafeah binti Matusin (Bogor)
yue_meihar111@yahoo.co.id

JURU AUDIT II


Hazirah binti Harun (Malang)
ha21rah@yahoo.com

EXCO HAL EHWAL PELAJAR


Muhammad Hafiy bin Mohd Rusli (Makassar)
hafiy_viscount89@yahoo.com

EXCO KEBAJIKAN


Muhammad Fawwaz bin Meor Abdul Malik (Bandung)

EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN


Mohd Lokman Hamawi bin Mohd (Medan)

EXCO AGAMA


Fakhrul Radzi bin Ahmad Zubir (Bandung)

EXCO INFORMASI, DOKUMENTASI & MULTIMEDIA 


Syed Azlan bin Syed Omar (Jakarta)

Kamis, 02 Juni 2011

Salam Pembuka Blog Rasmi PKPMI Pusat

Salam kepada semua pembaca blog ini,
Pertama sekali, bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya siap juga blog rasmi Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Pusat (PKPMI Pusat) ini. Ini adalah entri yang pertama buat blog ini. Mungkin masih terdapat banyak kekurangan di sini tapi kami akan kemaskini dan perbaiki setiap kekurangan itu. Mohon kritik dan saranan dari para pembaca juga.
Blog rasmi PKPMI Pusat ini dibuat untuk dijadikan sebagai salah satu media pengantara mahasiswa dan persatuan mahasiswa yakni PKPMI Pusat. Selain itu, kami juga akan menggunakan blog ini untuk melaporkan sebarang berita atau pemberitahuan sama ada tentang bencana alam, arahan dari Education Malaysia atau Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan lain-lain yang berkaitan. Program kebajikan, keagamaan dan program-program lain yang mendatang juga akan kami umumkan di sini untuk makluman para pembaca semua.
Buat makluman para pembaca, selain blog, kami juga mempunyai media interaksi yang lain seperti Facebook, Twitter dan emel. Kami amat berharap seluruh mahasiswa Malaysia di Indonesia dapat berhubung dengan kami melalui media-media yang tersedia ini. Semoga hubungan kita akan lebih rapat melalui media-media ini. Kami di pihak persatuan amat berharap, malah sering menunggu untuk mengetahui ‘feedback’ dari rakan-rakan, ini semua supaya kami dapat mengetahui kekurangan kami dan seterusnya dapat kami perbaiki.
          Facebook PKPMI Pusat - http://facebook.com/pkpmipusat
          Twitter PKPMI Pusat - http://twitter.com/pkpmipusat
Kami mendoakan supaya rakan-rakan sekalian dapat melayari pengajian di Indonesia dengan lancar dan mudah. Moga Tuhan memberkati dan merahmati urusan kita semua di sini.
Sebelum mengundur diri, kami amat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang masa dan tenaga dalam menyiapkan blog ini. Anda tahu siapa anda, terima kasih sangat.