Kamis, 02 Juni 2011

Salam Pembuka Blog Rasmi PKPMI Pusat

Salam kepada semua pembaca blog ini,
Pertama sekali, bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya siap juga blog rasmi Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Pusat (PKPMI Pusat) ini. Ini adalah entri yang pertama buat blog ini. Mungkin masih terdapat banyak kekurangan di sini tapi kami akan kemaskini dan perbaiki setiap kekurangan itu. Mohon kritik dan saranan dari para pembaca juga.
Blog rasmi PKPMI Pusat ini dibuat untuk dijadikan sebagai salah satu media pengantara mahasiswa dan persatuan mahasiswa yakni PKPMI Pusat. Selain itu, kami juga akan menggunakan blog ini untuk melaporkan sebarang berita atau pemberitahuan sama ada tentang bencana alam, arahan dari Education Malaysia atau Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan lain-lain yang berkaitan. Program kebajikan, keagamaan dan program-program lain yang mendatang juga akan kami umumkan di sini untuk makluman para pembaca semua.
Buat makluman para pembaca, selain blog, kami juga mempunyai media interaksi yang lain seperti Facebook, Twitter dan emel. Kami amat berharap seluruh mahasiswa Malaysia di Indonesia dapat berhubung dengan kami melalui media-media yang tersedia ini. Semoga hubungan kita akan lebih rapat melalui media-media ini. Kami di pihak persatuan amat berharap, malah sering menunggu untuk mengetahui ‘feedback’ dari rakan-rakan, ini semua supaya kami dapat mengetahui kekurangan kami dan seterusnya dapat kami perbaiki.
          Facebook PKPMI Pusat - http://facebook.com/pkpmipusat
          Twitter PKPMI Pusat - http://twitter.com/pkpmipusat
Kami mendoakan supaya rakan-rakan sekalian dapat melayari pengajian di Indonesia dengan lancar dan mudah. Moga Tuhan memberkati dan merahmati urusan kita semua di sini.
Sebelum mengundur diri, kami amat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang masa dan tenaga dalam menyiapkan blog ini. Anda tahu siapa anda, terima kasih sangat.

0 komentar: